Monday, April 19, 2010

PTK G44 @ INSTUN: Public Speaking

Na kau, matai la ni kali... hehe bukan nda biasa bercakap depan org ba ni tapi paham2 jalah klu ada pula pegawai penilai... tu la yg bikin jadi kecut tu... Sekarang saya ada di Institut Tanah Negara (INSTUN) di Tg Malim, sempadan Perak/Selangor. PTK (Penilaian Tahap Kecekapan) masuk hari ke-2 ni.

Bayangkan, dalam kelas tu ada lebih 20 org shj tetapi masalahnya kita bercakap dan dinilai..itu yg bikin gabra tu. Masa pula bukan juga lama sangat, dalam 10 minit saja tapi memang rasa berjam-jam pula la..

Thinking about it on the positive side pula, bagus juga. Lama sudah nda buat kan? lagi pula ingat senang2 ka mau naik pangkat dan gaji? hehe

kepada kawan2 di luar sana, jgn la ingat skg ni masuk kerja gomen ni mcm dulu2. Stress dengan kerja dan suasana jgn cerita la. Ow lupa bagi tau, ni rakaman kwn sy ambil semasa saya buat PS bertajuk 'Pengurusan Stress Di Tempat Kerja". Do not put any comment on this video pls hehe...

Sunday, April 18, 2010

Astaga lama betul nda update ni blog... smpai ada sudah orang marah2 di message. hehe Sorry kawan2.

Hmmm sekarang betul2 saya tidak tau di mana lagi mau mula... Sejak bulan Sept 2009 berlaku perubahan yg besar dalam karier saya sebagai penjawat awam (ehem, ehem) jadi kesibukan pun meningkat dengan sangat mendadak (macam pernah dengar alasan ni kan? hehe) Apa pun terima kasih yang tidak terhingga kepada kawan2 semua yang benar2 setia dan sudi menyokong saya selama ini. Sebagaimana keluarga saya yg sentiasa di sisi saya sepanjang perjalanan hidupa saya selama ini, kalian juga akan saya kenang kerana menyumbang dari banyak segi-yang mungkin kalian tidak sedar.

Buat pengetahuan kawan2 di luar sana, yang mengenali saya terutamanya, saya masih di sini walaupun mungkin sudah ada yang beranggapan saya sudah menukar arus media atau berhenti menconteng di blog tetapi sebaliknya, saya sebenarnya masih 'rajin2 malas' menulis dan lihatlah mungkin dalam tempoh akan datang ini saya akan kembali aktif, mudah2an... dan tolong jangan kaitkan ianya dengan instrumen komunikasi yg lain spt FB, tweeter dsg, sbb sesunggunya ianya tiada kaitan.. hehe. saya tidak beralih dan masih akan setia dengan blog (hmmm wlupun mungkin agak sedikit perlahan)

Banyak peristiwa yang mau saya kongsikan. Antaranya, harus saya akui perkenalan dengan FB yg sedikit (sikit saja ba) menghilangkan masa saya melayan blog ini. Pada masa yang sama banyak perkara terjadi. Pindah rumah, dapat pets baru, kursus di Thailand dan banyak lagi yang mungkin akan saya kongsikan di sini pada masa akan datang. Setakat ini dulu utk kali ini...

Sorry berlori2 pada kawan2 yang mula kecewa dengan hasil kunjungan ke ruangan maya ini.. saya cuba kemaskini lagi di masa akan datang...

:)