Monday, April 9, 2012

10th Anniversary!


Ingatkan memang tiada masa untuk update blog ni tapi malam ini sempena Ulang Tahun Perkawinan saya dengan isteri, saya terpanggil pula untuk mencoret sepatah dua, bukan untuk tatapan rakan2 blogger tetapi lebih kepada reminder sendiri betapa masa berlalu sangat pantas. Tidak sesekali menunggu kita, apatah lagi berputar kembali...

Kalau asyik mengeluh dengan masalah kehidupan memang ianya tidak akan berkesudahan tetapi jika terus menghadapi dan melakukan yang terbaik dalam hidup ini, nescaya semuanya akan berkesudahan baik atau sekurang-kurangnya seperti itu. Untungnya kita berhak membuat keputusan untuk diri sendiri dalam banyak perkara berkaitan kehidupan. Misalnya, terserah kita saja jika mau belajar bersungguh-sungguh semasa di bangku sekolah atau memilih mau menyerah atau malas mau memikirkan semuanya. Begitu juga di alam pekerjaan dan soal pasangan hidup... Duh melalaut pula, opsss telebey sudah....

Ok gambar ini simbolik kehidupan saya secara peribadi. Motor Yamaha TZM itu sudah menjadi tunggangan setia sedari zaman pelajar U sehingga kini! Walaupun sudah jarang-jarang ditunggang. Jual? Tidak sampai hati kerana ianya seperti membuang memori dalam CPU... Bayangkan sekarang anak-anak saya sudah masing-masing berumur 10 dan 8 tahun! Oh tentunya anak-anak juga menjadi inspirasi perjuangan hidup yang kental. Kalau saja hidup ini masih single, ntah hanyut ke mana saya sekarang ini. Tetapi sebaliknya semangat juang berkobar bila ada tanggungjawab. Itu yang saya personally rasakan... So rakan-rakan yang masih bujang di luar sana? Bukan sekarang? Tidak mengapa, pikir-pikirkan.

Dan Maha KuasaTuhan, pasangan yang diberikan bukan calang-calang. Jika diingat-ingat kembali, terlalu banyak ranjau berliku yang hampir mustahil dapat diterima oleh akal normal untuk terus bersatu namun kenyataannya demikian. Kekentalan, kesabaran, sikap terbuka dan kasih sejati seorang wanita menjadi resepi sebagaimana kami masih ada pada hari ini. Harapkan saya? fail! Tapi kita sentiasa mau menerima teguran walaupun di hadapannya kita menolak - ego lelaki. Bila sampai masanya saya sedar tanpa seorang wanita yang mencintai seadanya kita di sisi, saya bukan saya yang ada pada hari ini... Terima kasih wahai isteriku...

Isteri dan anak-anak, saya sayang kamu selamanya...
Happy 10th Anniversary...



Thursday, January 26, 2012

Hello 2012!

Hello 2012!

Ngam juga tajuk ni atau 'lari'? Ah, mana-mana la Labu... Lama betul tidak ke sini. Tentu banyak cerita kan? Banyak yang berubah... Semestinya. Tempat bertugas sudah berubah. Dulu di Perak, sekarang di 'sini'. Perlu pengorbanan kerana terpaksa meninggalkan anak-anak dan isteri tersayang beberapa hari seminggu... Jarak bukan pemisah kata orang. Ala, dalam 2 jam saja (kena drive macam lipas kudung). Lagi pun pening ah berpindah randah ni, sorg mungkin ok lagi. Bayang kalau semua serumah! Kesian budak-budak dan isteri mesti effected juga nanti kan?

Sebut hal anak-anak, pejam celik pejam celik sudah besar pulak dorang ni. Betul la kata orang, depan mata memang tak nampak.... Apa pun semoga mereka kekal sihat dan menjadi 'manusia' sebenar... Mudah-mudahan... 


Ok sekian dulu. Semoga permulaan 'baru' setelah sekian lama menyepi... Semoga ceria dan happy semuanya. Semoga tahun 2012 ini membawa kebahagian dan kesihatan ~ walaupun mengharap dilimpahkan kekayaan! Peace!

Tuesday, June 28, 2011

Paya Indah Wetland

Ada seorang kawan yang telah membuat satu blog khas untuk tempat kerjanya... Menarik dan saya memang sudah biasa datang ke sini... Untuk semua yang tinggal di kawasan Lembah Klang atau K.L, ini adalah 'a must visit place' untuk anda. Larilah dari kesibukan dan tekanan kerja anda. Terletak 30 minit saja dari KLIA! Chalet taraf bintang (atau bulan? lol) berharga RM120 sahaja. KL ke sini dalam 30 minit sahaja... Hmmm lokasi menarik ni.

Tanpa mengira apa hobi dan kegemaran; Photographer, pengail, camper, biker dan sebagainya, ini adalah lokasi tepat yang anda cari...

Wednesday, May 4, 2011

VVVVIP!

Pening...

Sejak kebelakangan ini tempat kerja semakin kerap dilawati 'orang2 besar'. Baru2 ni Dato KSU. bagus la kalau setakat melawat, ini siap memberikan 'kata2 panas' yang terpaksa juga saya anggukkan. Ayat "baiklah Dato' tu sudah macam sudah di setting2 di bibir.... Ok habis KSU, datang pula Ketua Pengarah! Pun sama, 'baiklah Dato' juga la yg paling mudah... Alahai sepa bilang kerja gomen ni senang? haha. Lepas tu J.D pula datang... Hari ni meeting dgn Dato K.P pula..

Kena dtg meeting di Kementerian tu sudah mcm teda rasa sudah... Rimas dgn penampilan 'skema' jalah. Biasalah standard Kementerian..... Mcmana la anak kampung ni terselit di tengah2 bangunan Putrajaya speking London tu... hahaha Di TV mcm2 iklan bahasa Malaysia. Tapi korang tau tak, klu di peringkat ini, suma (hampir semua) memang akan speking London punya... Saya sajalah buat2 angguk2, geleng2... haha.

Apa pun semangat kena ada. Tempat baru, orang2 baru, dan kehidupan yg sedikit baru... huhu.

Friday, April 29, 2011

Jalan-jalan Guide: Short-cut Pahang-Perak!

Ok mau kongsi sikit laluan sotkat dari Pahang ke Perak... bagi yg tahu laluan yg standard adalah Ipoh-Tg Malim-Genting Highland-Genting Sempah -Kuantan. Bigitu juga sebaliknya kalu dari Kuantan ke Ipoh. Namun yg tidak best laluan ini adalah laluan bertol yang mungkin bernilai belasan RM di hiway PLUS Perak-Sgor! Lagi pula pemandangan adalah sangat membosankan kerana jalan lurus... Selain itu, adakah anda perasan, ianya adalah pusingan separa bulatan atau 'U' yang besar? -Ciss, ayat skema plak ni! haha

Nah cuba laluan baru ini jika ada urusan di kedua-dua negeri atau saja mau merayau-rayau di masa akan datang. Kelebihan? Laluan ini pemandangannya memang sangat cantik pada waktu siang. Merentas banjaran Titiwangsa melalui Cameron Highland. Kalau mau, singgah dulu beli2 sayur sini.. hehe... jalan ini masih kosong terutamanya laluan ke Pahang. laluan dengan liku yang panjang dan kurang kenderaan sangat membangkitkan mood memandu sambil buka tingkap sebab sejuk.

Kalau dari Ipoh, naik cameron Highland melalui Simpang Pulai, terus ke Kg Raja, Brinchang, Tanah Rata dan Ringlet. Simpang lalun ini betul2 terletak di hadapan Shell Ringlet. Jarak ke Sg Koyan, Pahang lebih kurang sejam pemanduan saya la.. haha.. dalam 90km lebih di GPS. Dari Sg Koyan ke Bandar Raub lebih kurang 50km lagi... nah sampai sana masuk balik hiway Timur-Barat. Straight ke Kuantan... Jimat masa, jimat tol, luas pemandangan!

So kawan2, lain kali try kalau memandu sendiri. Kalau takut juga sesat, sila la tuan-tuan beli dan pakai GPS dengan perisian yang terkini!

Pandu berhati-hati, selamat duit selamat nyawa!

Monday, April 25, 2011

Sekali lagi sekalung maaf saya hulurkan terdahulu pembuka kata, lama tidak turun ke 'ladang' hehe... Tiada juga alasan sebab FB sentiasa 'onnnn' ja manjang kan?

Ok up lagi satu lavel life ni... 15 Apr 2011 saya sah bertugas di tempat baru.. Paya Indah Wetland, Dengkil (Beberapa minit saja dari KLIA/LCCT). Dan bermula juga barangkali episode baru kerana tanpa keluarag sebagai tulang belakang sepang tempoh hari berkerja kerana setelah bermesyuarat 'kami' putuskan biarlah budak2 tu bersekolah di Ipoh dan menetap di sana... bermaksud: Weekend Husband! adoiiii... Hahaha

Ok, tempat baru, staff dan kawan2 baru... so far so good. Semua ok. Minggu pertama kerja, ngam2 pemilihan 'athlete' bagi mewakili Zon Tengah (Zon 2) iaitu Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan dan PIW sendiri. Minggu lepas keluar senarai, saya masih layak main bola.. hehe (Saya perasan juga yg saya ni dah semakin tua! hehe). Tapi yang sebenarnya saya sebagai pemain merangkap pengurus budak2 bola tu saja nnt...

Sukan berlangsung 21 April 2011-IBD Lanchang dan IKBN Temerloh, Pahang. banyak sukan dipertandingkan melibatkan 4 Zon tp saya hanya memberi tumpuan sukan Futsal dan Bola Sepak saja... OPss sebelum tu, IKBN Temerloh memang panas. Sangat2 Panas! Sehinggakan pada hari terakhir, saya sudah bertukar menjadi "Ommmm" hahaha... Bola sepak kami masuk team 3 terbaik tetapi berkongsi mata di tangga ke dua utk ke final. Penentuan penalti dan kami tewas tetapi sangat berpuashati kerana perjuangan pemain yang bersemangat tinggi... macam saya kata tadilah, saya main utk nagi pemain ni semangat dan disebabkan saya player senior, barangkali adalah pengaruh sikit dalam membuat percaturan game.. Barangkali la.. haha

habis game petang tu, sudah tidak tertahan panas di kepala. walaupun final pada malam tersebut saya mengambil keputusan kembali ke Perak menggunakan laluan yg tidak pernah saya lalui sebelum ini bahkan tidak ramai yang tau apatah lagi menggunakannya... K.L-Temerloh-Cameron Highland-Ipoh...

Ok nnt kita cerita lain...