Friday, April 29, 2011

Jalan-jalan Guide: Short-cut Pahang-Perak!

Ok mau kongsi sikit laluan sotkat dari Pahang ke Perak... bagi yg tahu laluan yg standard adalah Ipoh-Tg Malim-Genting Highland-Genting Sempah -Kuantan. Bigitu juga sebaliknya kalu dari Kuantan ke Ipoh. Namun yg tidak best laluan ini adalah laluan bertol yang mungkin bernilai belasan RM di hiway PLUS Perak-Sgor! Lagi pula pemandangan adalah sangat membosankan kerana jalan lurus... Selain itu, adakah anda perasan, ianya adalah pusingan separa bulatan atau 'U' yang besar? -Ciss, ayat skema plak ni! haha

Nah cuba laluan baru ini jika ada urusan di kedua-dua negeri atau saja mau merayau-rayau di masa akan datang. Kelebihan? Laluan ini pemandangannya memang sangat cantik pada waktu siang. Merentas banjaran Titiwangsa melalui Cameron Highland. Kalau mau, singgah dulu beli2 sayur sini.. hehe... jalan ini masih kosong terutamanya laluan ke Pahang. laluan dengan liku yang panjang dan kurang kenderaan sangat membangkitkan mood memandu sambil buka tingkap sebab sejuk.

Kalau dari Ipoh, naik cameron Highland melalui Simpang Pulai, terus ke Kg Raja, Brinchang, Tanah Rata dan Ringlet. Simpang lalun ini betul2 terletak di hadapan Shell Ringlet. Jarak ke Sg Koyan, Pahang lebih kurang sejam pemanduan saya la.. haha.. dalam 90km lebih di GPS. Dari Sg Koyan ke Bandar Raub lebih kurang 50km lagi... nah sampai sana masuk balik hiway Timur-Barat. Straight ke Kuantan... Jimat masa, jimat tol, luas pemandangan!

So kawan2, lain kali try kalau memandu sendiri. Kalau takut juga sesat, sila la tuan-tuan beli dan pakai GPS dengan perisian yang terkini!

Pandu berhati-hati, selamat duit selamat nyawa!

Monday, April 25, 2011

Sekali lagi sekalung maaf saya hulurkan terdahulu pembuka kata, lama tidak turun ke 'ladang' hehe... Tiada juga alasan sebab FB sentiasa 'onnnn' ja manjang kan?

Ok up lagi satu lavel life ni... 15 Apr 2011 saya sah bertugas di tempat baru.. Paya Indah Wetland, Dengkil (Beberapa minit saja dari KLIA/LCCT). Dan bermula juga barangkali episode baru kerana tanpa keluarag sebagai tulang belakang sepang tempoh hari berkerja kerana setelah bermesyuarat 'kami' putuskan biarlah budak2 tu bersekolah di Ipoh dan menetap di sana... bermaksud: Weekend Husband! adoiiii... Hahaha

Ok, tempat baru, staff dan kawan2 baru... so far so good. Semua ok. Minggu pertama kerja, ngam2 pemilihan 'athlete' bagi mewakili Zon Tengah (Zon 2) iaitu Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan dan PIW sendiri. Minggu lepas keluar senarai, saya masih layak main bola.. hehe (Saya perasan juga yg saya ni dah semakin tua! hehe). Tapi yang sebenarnya saya sebagai pemain merangkap pengurus budak2 bola tu saja nnt...

Sukan berlangsung 21 April 2011-IBD Lanchang dan IKBN Temerloh, Pahang. banyak sukan dipertandingkan melibatkan 4 Zon tp saya hanya memberi tumpuan sukan Futsal dan Bola Sepak saja... OPss sebelum tu, IKBN Temerloh memang panas. Sangat2 Panas! Sehinggakan pada hari terakhir, saya sudah bertukar menjadi "Ommmm" hahaha... Bola sepak kami masuk team 3 terbaik tetapi berkongsi mata di tangga ke dua utk ke final. Penentuan penalti dan kami tewas tetapi sangat berpuashati kerana perjuangan pemain yang bersemangat tinggi... macam saya kata tadilah, saya main utk nagi pemain ni semangat dan disebabkan saya player senior, barangkali adalah pengaruh sikit dalam membuat percaturan game.. Barangkali la.. haha

habis game petang tu, sudah tidak tertahan panas di kepala. walaupun final pada malam tersebut saya mengambil keputusan kembali ke Perak menggunakan laluan yg tidak pernah saya lalui sebelum ini bahkan tidak ramai yang tau apatah lagi menggunakannya... K.L-Temerloh-Cameron Highland-Ipoh...

Ok nnt kita cerita lain...