Tuesday, April 29, 2008

4x4 'Pahang K-Dau Adventure'

Have you people ever think about spending a lot (yes, a lots!) of money just to have some fun in a very shot while?haha ya know I've spend about RM20K just to make this 'old lazy machine' to work properly again. Lucky me thats not my money la dude, but its true (ya memang sy yg kasi belanja tu hehe kin habis duit gomen ja kerja saya ni o kan?)... I used the money to modified this Toyota land Cruiser ii and sent a team to Pahang recently (21-25 April) where a 4x4 drivers course was held (rugi juga tauke sendiri tidak dapat datang, driver saya pula bersungguh menjahanamkan 'master-piece' sy ni...sob, sob)



Now, I think I don't need to explain more la, even its not my car but this specific car already been given a new name by my staffs... Itu kerita si XXXX tu...hehe siok kan?

p/s: klu di Sabah sy bantai BJ45 bapa sy sama Hilux DC 2.8D abang sy yg sporting tu...kan bro sly?hehe

Sunday, April 27, 2008

FHR3616 'Kemahiran Rekreasi Luar'

Cerita tidak banyak. Mungkin cukup dengan gambar2 ni dulu kut? Serba serbi soronok...yang tak seronok adalah pada malam pembukaan tu ex-lecturer tu tiba-tiba minta aku bagi ceramah. Apa lagi kalut juga la seketika tetapi bantai jelah yeop! Cerita lebih kurang pengalaman 'senior' ni dan kaitkan dengan kerja...bagi budak2 ni semangat sikit...kira ok la kan?

Pemandangan Tasik Temenggor dari Pulau... Sejuk mata memandang... Siap ada banner tu...
Baju budak2 'Reccers'. Saya dapat 1 ni..hehe nyibuk2 pun dapat juga.
Ntah ular spesis apa ntah aku jumpa ni...
Banglo aku tidur malam tu...opss Sebenarnya pagi tu. Atas camp-bed tu la. Aku tidur pukul 3.30am dan di kejutkan dengan bunyi generetor pukul 5.00pg yg lokasinya hanya sedepa dari telinga ni... Rase nak ngamuk jer...hehe
'Macam ni cara memasang bom..eh bubu la... Aku berlagak macam pengarah time amik gambar ni...hehe
makan dengan pemandangan ni..... Pergh...
Kanu dan tasik... Cantik tak?
ni di panggil Dingge! bukan denggi la...


Students kursus FHR jadi buruh paksa buat rakit...Sebenarnya sebahagian dari program iaitu survivor skills dan water confident.Gambar jambatan penghubung Perak dan Kelantan merentangi tasik...
Balik!!!

Tuesday, April 22, 2008

'Back To School'

Korang pernah tak terpikir lepas sekian lama meninggalkan sekolah, tiba-tiba korang dipanggil balik semula oleh pihak sekolah bukan untuk bersekolah semula tetapi membantu mensekolahkan pelajar-pelajar di sekolah tersebut? (berapa banyak kali dah sebut sekolah laa.. :P) Korang nak tau ceritanya pada minggu lepas saya mendapat satu call dari ex-lecturer saya dari sekolah lama (UPM) dan selepas bertanya khabar lebih kurang, tiba-tiba katanya dia nak saya bantu dia kalau boleh bagi melaksanakan program latihan amali students nya yang seramai 25 orang dan akan di sebuah pulau di Tasik Temenggor, Perak.


Hah? Just imagine, setelah hampir 10 tahun meninggalkan faculty tu buat saya berfikir juga? Betui kah apa aku buat ni? Program ni akan dijalankan selama 10 hari bermula 25 April-4 Mei iaitu Amali bagi subjek FHR 3616 Kemahiran Rekreasi Luar (Air, Tali & Survival) di bawah kendalian Dr. Sham Shor Nahar atau lebih dikenali sebagai John di faculty (Pensyarah ni memang rock, isteri dia orang Sabah ni)... Yang lebih menarik lagi program ini turut bakal dihadiri oleh rakan-rakan saya yang telah sekian lama terputus hubungan sebagai fasilitator program ini nanti. Macam syok kan?

Saya mungkin tidak akan dapat bersama mereka sepanjang tempoh tersebut tetapi akan berada di sana sewaktu permulaan dan penutupan. Almaklumlah, kerja tetap kerja. ok lah tu lagi pun sudah lama saya tidak bermain dengan tali (abseiling, flying fox etc), kayak, rakit, dingee dan macam-lagi. Survival tu mungkin sudah semulajadi tetapi 'tambah-nilai' tidak salah kan? okey nanti saya siapkan laporannya siap dengan gambar sekali kalau tiada aral nanti...

Monday, April 21, 2008

EARTH DAY 2008... and its today 22nd April!

As millions of people take pause on Earth Day to consider the state of our environment, global warming looms large on the stage. Nobody claims the science is perfect. But staggering amounts of evidence suggest that temperatures will soar in the next few decades. If the script plays out, the results will include a tidal wave of environmental changes, along with cultural, social and economic displacements an at unprecedented scale.

So, lets hands-in-hands and play our role... don't wait until its too late! Always keep in mind that 'alam ini bukan kita warisi dari nenek moyang kita, tetapi dipinjam dari anak cucu kita'...

HAPPY EARTH DAY 2008

Friday, April 18, 2008

"Beneath a Laughing Face"

..hmm just want to share this with you guys.

As I remember the times we spend besides the lake,
I just wonder, was it love or was the feeling fake?

The fun rides, beach blues and the lush garden greens,
Without you around everything is not just seen.

Giving up everything, just for your sake,
Is there anything, that you forgot to take?

Waiting up all the time besides the phone to ring,
Catching to the tunes of the songs we sing.

As my heart breaks, I try to fall asleep,
But still all our memories make me flip.

With everyday, the feeling for you gets tender,
And every moment, makes my love grow stronger.

I really couldn't stand the pressure or the pain,
Not talking to or not seeing you, makes me go insane.

I really wished, I felt that we were still one,
do you remember, all the laughter and the fun?

Sharing my love to someone else is not my case,
So I hide my broken heart beneath a laughing face."

Thursday, April 17, 2008

Behind the name...


Romeo Exchanging Naughty Orgasms


Get Your Sexy Name

uuuinah? Don't you guys think its a bit too 'sexism' lah... Credit goes to Mr Arteo...Thanks dude

Wednesday, April 16, 2008

The other side of the world...

My head jammed of work loaded and need to release a bit la this morning. Then these photos pop-up out of no where and remind me the 'lost' feeling inside me....haha ya know what I mean right? What I love the most being serounding by nature is the unexplainable 'feel' when you are away from the daily urban hectic life...


The view and the experiences... un-valueable...hehe
(Pic: Royal Belum, Lata Kinjang, Air terjun tadak nama lagi...)



Relationship bonding... (Sg. Kejar, Banding)
New friends, new weapons... (budak orang asli nama Bukari dan geng dari Sg. Sengoh, Temenggor)
Hot shower?forget it dude (hehe pinjam pelakon tambahan Mr. Rofley dan Mr. Charles mandi di Sg Pertang, Kelantan)...pstt, diorg ada pakai spender ka tu?)...

Makan? plenty and fresh... (fishing net?simpan jelah..pancing lg syok)



The only price that sometimes we have to pay... leeches bites...ngee,ngee,ngeeee,ouw..

Monday, April 14, 2008

Gunung Korbu, Perak

Pendakian Gunung Korbu tidaklah semudah memandang 'rangka' gunung ini dari jauh dan membayangkan laluan ke puncaknya yang siap dengan 'escalator' dan penghawa dingin...perjalanan kami memakan tempoh masa 5 hari bermula dari perkampungan Orang Asli Makmur di Ulu Kinta dan berakhir di Empangan Sultan Azlan Shah. Tiada masalah yang ketara memandangkan semua ahli kumpulan ini adalah 'hardcore' dan sudah biasa dengan suasana begini.

Beberapa photo ini menceritakan dengan sinis dan sarkastik bagaimana pendakian gunung ke-2 tertinggi di Semenanjung Malaysia itu...




















Thursday, April 10, 2008

Selepas 5 Tahun...

Saya sebenarnya kengkadang tidak tahu apa yang sedang berlaku di persekitaran sendiri sedangkan tangan boleh mencapai atau mungkin dah tergapai menda-menda tersebut tetapi masih tidak menyedarinya. Hmm alangkah sadisnya bila kita merasakan betapa kita terlalu lemah untuk tahu semua itu dan merasakan tidak perlu sedangkan mungkin ia hanya sekali dan tiada peluang ke-2 lagi...

Masa; akan sentiasa berlalu tanpa sedar-atau kita yang sering buat-buat tak reti dan peduli? Sedar-sedar ketika saya menbuka lipatan sampul dari 'pemandu-pena' hitam milik isteri saya pagi ini dan mula mengelik gambar2 lama satu persatu, barulah saya sedar ada sesuatu yang saya terlepas...

Anak lelaki saya kini berusia 5 tahun lebih dan serasa saya seperti baru semalam menggendongnya dan melihat dia menangis di pangkuan. sedar tak sedar dah 5 tahun lebih? Umpama mimpi walaupun telah banyak perkara yang kami lalui bersama...dan mimpi inilah sebenarnya yang saya rasa saya 'terlepas'. Melihat dia membesar di depan mata saya memang merupakan salah satu benda ajaib yang pernah berlaku dalam hidup saya dan barangkali saya terlalu sibuk untuk menyedarinya.

Lelaki? Memang ramai yang tidak percaya... dan memang dia sangat suka dan selesa dengan rambut panjang dia selama ini.


Gambar bersama adik perempuannya saya ambil sendiri semasa bercuti di Cameron Highland.
Senyuman pengubat 'stress'...








Hari pertama ke sekolah dengan masih berambut panjang mencecah pinggang...betul, diulang: rambut mencecah pinggang...

Nilah rupa terkini...ok tak?

Wednesday, April 9, 2008

Kerja, kerja, kerja...

Macamana dan di mana untuk dimulakan?hmm ni cerita pasal kerja yang akan menyebabkan orang meluat dan menyampah pula nantikan? Ok kena terima hakikat la. Sebab lagi pun tiada pula entry untuk dikongsi bersama nanti. Satu hal pula saya ni malas ambil cerita luar untuk di publish dalam blog sendiri...


jadi ini la apa yang kami buat hari ini. Pernah tengok cerita sniper? Ni pelakon tambahan ni En. Mazlan Nizam pakai rifle .22

Ni senapang yang saya pakai untuk program kami hari ni. Memang terjaga habis. Sanggup tenggelam semasa menyeberang sungai jangan dia ni kena air. iis sampai macam tu sekali? betul...calar sikit saja pun habis satu opis saya bising. haha gurau ah. Shotgun Over-under Lanber buatan Spain. Memang bagus...

Sebahagian dari kesan negatif hasil kegiatan kami menyebabkan pencemaran bunyi dan alam sekitar yang hampir tidak dapat dimaafkan. Pergh...korang tau, kalau bapa saya di kampung tau kami perhabis peluru sebanyak 5 kotak dengan 4 laras shotgun dalam tempoh 1 jam setengah mesti dia marah kaw-kaw punya...tau jelah susah dapat peluru kalau di sana kan? Siapa kaki payau paham la... k la tiada cerita sangat. That's all what happened for the whole day today dude...adios!

Wednesday, April 2, 2008

Sesat Dalam Hutan?


Apa perlu dibuat?

Anda sesat di hutan, bila agaknya anda menyedari anda telah sesat? Jangan panik. Berehat sebentar dan tenangkan fikiran, jangan risau mereka yang arif tentang hutan pun pernah sesat, bahkan Orang Asli yang hidup di sekitaran hutan pun mungkin boleh sesat.
Jika anda tidak dapat mengingati atau mencari jalan keluar maka benarlah anda telah sesat. Apa yang anda perlu buat? Sabar, yang pentingnya anda hendaklah berikhtiar untuk mengelakkan diri dari ancaman persekitaran yang mungkin berbahaya dengan kemudahan yang terhad. Peluang untuk anda terus hidup banyak bergantung kepada persediaan diri, kekuatan dan keyakinan diri serta kebijaksanaan anda bertindak. Ikutilah petua berikut jika difikirkan sesuai dengan situasi yang anda hadapi. Ingatlah keselamatan anda banyak bergantung kepada kebijaksanaan anda bertindak.

Bermalam di hutan
Jika anda fikirkan anda patut bermalam di hutan pemilihan tapak yang sesuai adalah penting. Pastikan tapak yang dipilih tidak mempunyai kesan kehadiran binatang buas seperti kesan tapak kaki, najis ataupun kawasan sumber makanannya. Juga pastikan kawasan tersebut terlindung dari tiupan angin yang kuat, tanah runtuh dan pokok mati. Seboleh-bolehnya carilah tempat yang berdekatan dengan sumber air.
Bermalam di dalam gua adalah pilihan yang baik tetapi pastikan ianya benar-benar selamat. Jangan bermalam di kawasan berbatu longgar, laluan angin dan binatang buas, sarang binatang atau serangga bebisa dan tempat yang licin.
Pilihan yang lain adalah dengan membina sendiri tempat berteduh sementara untuk berlindung sekurang-kurangnya dari hujan, dahan kayu jatuh, binatang buas dan haiwan berbisa. Jika dikhuatiri dari ancaman binatang buas anda bolehlah mengambil refuge di atas pokok. Caranya dengan duduk di atas dahan yang teguh dan mengikatkan diri anda kepada pokok tersebut bagi menggelakkan anda dari terjatuh. Ikatan hendaklah dibuat pada bahagian dada dan belakang melalui ketiak. Posisi dada hendaklah menghala ke arah pokok seolah-olah seperti hendak memeluk pokok. Pastikan anda duduk dalam keadaan selesa. papun yang paling penting adalah cubaan untuk menghidupkan api kerana banyak perkara yang boleh dilakukan jika api berjaya dihidupkan selain dari memasak dan memanaskan diri semata-mata. Antaranya bagi menghalau binatang buas dari menghampiri anda...

Keputusan bekalan air.
Air amat penting untuk kehidupan, manusia boleh hidup lebih lima hari tanpa makanan tetapi tidak air. Carilah sumber air yang bersih dan selamat seperti sungai, tasik ataupun mata air. Dalam situasi di mana punca air tersebut tidak dapat di cari maka sumber alternatif perlulah diusahakan. Banyak punca air yang lain yang boleh ditemui tetapi pilihlah yang benar-benar selamat.
Kebanyakan akar kayu (lianas) mempunyai kandungan air yang banyak. Air dari akar kayu yang boleh di minum biasanya tiada warna, cair dan tidak berbau. Potong akar tersebut menyerong dan pisahkannya terus dari bahagian akar yang lain, air yang menitis dari akar yang dipotong itu bolehlah di minum. Antara jenis akar yang boleh di minum ialah mempelas dan lundang. Selain dari akar, rotan juga mempunyai kandungan air yang banyak.
Buluh juga menyimpan air dalam ruasnya, potonglah bahagian pangkal pokok di mana bahagian ini banyak mengandungi air. Tetapi awas miang buluh dari memasuki air.
Periuk kera juga ada menyimpan air di dalam periuknya, pilih periuk yang belum terbuka kerana airnya lebih bersih. Lumut juga boleh diperah dan dikumpul airnya untuk diminum. Dalam keadaan darurat mana-mana air yang tidak beracun bolehlah di minum termasuklah peluh.
Perkara berkaitan air ini mengingatkan saya kepada kumpulan 'Trans-titiwangsa II Jeli, Kelantan-Temenggor, Perak dimana kumpulan kami seramai 6 orang dalam perjalanan mendaki G. Anak Noring dan bermula hari ke-2 sampai lah hari ke-6 tanpa bekalan air. Terpaksa memohon belas ehsan dari hujan dan lopak air tapak kaki gajah untuk terus hidup! Bayangkan berudu dan jentik-jentik terpaksa ditapis dengan baju...

Makan atau tidak
Jangan risau, hutan mumpunyai banyak tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan tetapi pilihlah yang selamat dimakan, dari akar hinggalah ke pucuk tumbuh-tumbuh-tumbuhan sesetengahnya boleh dimakan. Begitu juga dengan haiwan, dalam keadaan darurat semuanya boleh dimakan kecualilah yang beracun.
Jika anda musim buah-buahan hutan, banyak jenis buah yang boleh dimakan. Untuk memastikan buah-buah tersebut selamat dimakan, cuba cari kesan-kesan samada buah tersebut telah dimakan oleh haiwan lain, jika ada mungkin buah itu selamat dimakan. Cara yang paling mudah untuk memastikan sama ada buah atau tumbuh-tumbuh-tumbuhan itu selamat dimakan adalah dengan tiga langkah berikut iaitu hidu, sapu dan kunyah. Hidu sebahagian dari tumbuh-tumbuhan tersebut jika berbau keras atau busuk elakkan dari memakannya kerana ianya mungkin beracun. Sekiranya ianya tidak berbau keras atau busuk, ambil sedikit air atau getah dari bahagian tumbuh-tumbuhan tersebut yang dihancurkan dan gosok pada bahagian lengan, tunggu selama 10 - 15 minit. Jika terasa panas atau gatal-gatal jauhi tumbuh-tumbuhan ini kerana dikhuatiri mengandungi racun dan berbahaya jika dimakan. Kunyah tumbuh-tumbuhan tersebut selama 5 - 10 minit, jika terasa gatal atau panas dalam mulut ataupun berasa loya, tumbuh-tumbuhan tersebut hendaklah diluahkan kerana kemungkinan beracun.
Anda juga boleh memakan cendawan hutan. Kebanyakan cendawan pada pokok boleh dimakan dan tidak berbahaya. Cendawan yang tumbuh di tanah juga boleh dimakan tetapi ada antaranya sangat berbahaya dan beracun. Elakkan cendawan yang berwarna garang, berkilat, rapuh dan keras kerana kebiasaannya beracun.
Selain dari tumbuh-tumbuhan haiwan dan serangga juga boleh dimakan. Serangga seperti anai-anai, semut, belalang, cengkerik dan ulat kayu boleh dimakan tetapi elakkan memakan serangga berbisa seperti lebah, tebuan dan lipan.
Begitu juga dengan haiwan mamalia seperti kancil, rusa dan kijang boleh dimakan. Burung-burung juga selamat dimakan, begitu juga dengan telurnya. Selain dari telur burung telur reptilia yang lain boleh dimakan tetapi elakkan telur ular dan buaya. Siput, kerang, kepah dan muloska yang lain juga boleh dimakan tetapi sebaik-baiknya dimasak terlebih dahulu dan jangan makan bahagian najisnya. Paling selamat adalah berhampiran sungai dimana banyak terdapat tumbuhan jenis herba dan renek yang boleh dijadikan makan sebagai ulam seperti paku pakis, terung pipit, kacip fatimah dll.

Ingatlah empat prinsip asas bagi anda untuk meneruskan hidup di dalam hutan adalah keazaman dan keyakinan diri, ketabahan fizikal dan mental, toleransi dan kepimpinan serta keselamatan. Kelangsungan hidup anda di dalam hutan banyak bergantung kepada kebijaksanaan anda bertindak.
Petua yang dikemukakan di sini hanyalah asas untuk anda.
(P/s: Gambar ni bukan orang sesat, tapi gambar En. Presen terlelap... )