Friday, April 29, 2011

Jalan-jalan Guide: Short-cut Pahang-Perak!

Ok mau kongsi sikit laluan sotkat dari Pahang ke Perak... bagi yg tahu laluan yg standard adalah Ipoh-Tg Malim-Genting Highland-Genting Sempah -Kuantan. Bigitu juga sebaliknya kalu dari Kuantan ke Ipoh. Namun yg tidak best laluan ini adalah laluan bertol yang mungkin bernilai belasan RM di hiway PLUS Perak-Sgor! Lagi pula pemandangan adalah sangat membosankan kerana jalan lurus... Selain itu, adakah anda perasan, ianya adalah pusingan separa bulatan atau 'U' yang besar? -Ciss, ayat skema plak ni! haha

Nah cuba laluan baru ini jika ada urusan di kedua-dua negeri atau saja mau merayau-rayau di masa akan datang. Kelebihan? Laluan ini pemandangannya memang sangat cantik pada waktu siang. Merentas banjaran Titiwangsa melalui Cameron Highland. Kalau mau, singgah dulu beli2 sayur sini.. hehe... jalan ini masih kosong terutamanya laluan ke Pahang. laluan dengan liku yang panjang dan kurang kenderaan sangat membangkitkan mood memandu sambil buka tingkap sebab sejuk.

Kalau dari Ipoh, naik cameron Highland melalui Simpang Pulai, terus ke Kg Raja, Brinchang, Tanah Rata dan Ringlet. Simpang lalun ini betul2 terletak di hadapan Shell Ringlet. Jarak ke Sg Koyan, Pahang lebih kurang sejam pemanduan saya la.. haha.. dalam 90km lebih di GPS. Dari Sg Koyan ke Bandar Raub lebih kurang 50km lagi... nah sampai sana masuk balik hiway Timur-Barat. Straight ke Kuantan... Jimat masa, jimat tol, luas pemandangan!

So kawan2, lain kali try kalau memandu sendiri. Kalau takut juga sesat, sila la tuan-tuan beli dan pakai GPS dengan perisian yang terkini!

Pandu berhati-hati, selamat duit selamat nyawa!

4 comments:

HoneyBUZZin said...

Tk pernh memandu di bahagian itu....dan tol memang mahal aa..belum lagi road tax...

ReNo said...

Hehehe mau pandu sini kena ada teman... kalu sorg2 nda buli ni... terlalu sunyi...

Unknown said...

perlu standby minyak x?

Unknown said...

Klau dari ipoh ke kuantan ikut sg koyan Berapa jam drive .berapa km