Showing posts with label merdeka. Show all posts
Showing posts with label merdeka. Show all posts

Wednesday, September 3, 2008

Makan-makan (Pra-Merdeka)

Hendak menjadi cerita, beberapa hari sebelum Malaysia mula melaungkan Merdeka!, kami sekumpulan kecil anak-anak Borneo masih boleh tersengih-sengih dengan kata-kata 'rilex ba geng, kita Merdeka 16 Sept ba, lama lagi tu..' Dan untuk masa yang ada kami pun buat la sedikit aktiviti mengisi masa lapang... BBQ time...

Guess what? hmmm... Tanya si Charles

Yah benar, siap ada ikan lagi...

Patrick dan Charles in-action...serius konon kamurang ah...

Confuse juga... masak banyak2 ni tapi yang menghabiskannya cuma 3 orang? Teda hal tu geng...

Tapi akhirnya kisah mem'BBQ dan makan ini berakhir dengan baik... hmm mungkin tidak sebaik cerita dalam filem (paham2 jelah, musim kegawatan ni hehe) tetapi sekurang-kurangnya berjalan lancar dalam suasana sederhana dan selamat...hmmm tunggulah diorang ni ada girlfriend atau kawin besok...

Saturday, August 30, 2008

Merdeka! X3 (quick post)

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-51...

Merdeka Ini, Kerana Mu Malaysia

Merdeka..! Merdeka..! Merdeka..!
Duhai anakbangsa yang merdeka
Merdeka..! Merdeka..! Merdeka..!
Usah hanya laung-laungan
Sekadar untuk memenuhi ruang-ruang waktu
Apalah ertinya sebuah merdeka
Sedang sebenarnya kita
Masih terjajah minda
Masih terpenjara jiwa
Lihat saja sekeliling kita
Yang sentiasa lalai dan alpa
Dek limpahan kemewahan yang ada

Merdeka..! Merdeka..! Merdeka..!
Duhai anakbangsa yang merdeka
Anugerah merdeka ini
Adalah warisan perjuangan bangsa
Dari tinggalan sejarah para syuhada'
Adalah nikmat yang tidak terperi
Dan tidak terbatas, yang tidak terbalas
Dan tidak pernah selesai
Yang wajib kita teruskan
Dalam bentuk apajua sekalipun

Merdeka..! Merdeka..! Merdeka..!
Duhai anakbangsa merdeka
Bersyukurlah kepada ILAHI
Kerana kita amandamai bahagia
Dalam sebuah Malaysia yang merdeka
Dan berdaulat
Jauh dari petaka dunia
Dek angkara durjana
Tangan-tangan kasar dan ganas
Manusia yang rakus haloba

Merdeka..! Merdeka..! Merdeka..!
Duhai anakbangsa merdeka bertuah
Marilah bersama bersatu hati
Membenihkan erti kemerdekaan ini
Dengan buah-buah pengorbanan
Yang lebih bermakna
Moga kedaulatan agama, nusa dan bangsa
Tetap teguh bertahan terpelihara
Biarpun jutaan ancaman
Sering menyapa bertandang
Dari petualang durjana
Walau kita bukan perwira negara
Yang gagah menghunus senjata
Namun hati tetap rela untuk berjuang
Dengan cara kita sendiri
Demi cinta ini
Kerana mu MALAYSIA


Karya: Noraini Jalil