Showing posts with label quick post. Show all posts
Showing posts with label quick post. Show all posts

Tuesday, November 25, 2008

Out-Station again... (quick post)

Sepatutnya hari ni...hmmm dunno why. Too lazy to go but ordered to go by my boss so I think I have no 2nd option available... Till friday. And the worst (again, not sure) thing is that I have to drive my own car and dia bilang... ' nevermind, you claim la later...' Adui jadi kerita pejabat la pulak kerita sy ni...but from the positive side, siuk juga, not too official la lawatan sy ke daerah ni nnt kan? buli la curi2 pigi mana2...hehe (kuar tanduk ni, nda ba)


Till then, adios..

p/s: kamurang pernah naik pigi skull atau pernah jumpa ka this bus? sy sama si Leslie (anak buah betul2 ni) jumpa di Ipoh Town... Cute huh?

Tuesday, November 11, 2008

Lucky guys & lucky numbers (quick post)

For some people they'll called it 'duit terpijak' or 'duit tikam'..hehe Dunno what to call it dude, but recently friends of mine so lucky to bet on the right numbers... ayakkk! 1st prize somemore ow... that night they called me and asked me to come out for makan. Then, these 4 lucky guys 'lepak2' at my house, watching football match where Manchester United lose to...(cissss!), then sambung pula Liverpool vs Bromwich Albion...
Durg cakap jan kastau urang pasal kami kena numbur ni ah geng tapi masa durg tidur depan TV tu saya ter'snap muka si Raybon dan Luajim (geng kuat main bola ni) sleeping while Raymond (isk, dia sudah beli rantai basikal emas-kalung basar mcm ketua Ah Long punya) dan si Adawin (suma budak2 komando ni) masih steady bercerita sambil meninguk bola...

Ya, sekian la cerita orang2 kaya segera. How much money they won? banyak juga la.. bayang la 1st prize pun koman2 RM2.5k... more info, korang cari la durg ni, nanti saya langgar janji plak.

p/s: hehe Ni post pun kira sudah langgar janji ni kan? kekeke...

Monday, September 29, 2008

Istri Berlaku Curang - lawaks

Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria."Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?"Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni""3 kali?"
Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank""Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan..""Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami, "
Kali ke 2 pulak?""Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doctor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun..""Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak..
yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi...."Tan Sri pengsan kat situ jugak...

Monday, September 15, 2008

Cerita makan lagi...

Haha ni macam duplicate cerita minggu lepas ja ni... Sempat pigi church petang sabtu tu. Sebenarnya sy memang sudah lewat tetapi datang juga la.
Perhatikan betul2, suma geng Komando Vat 69... badan berketul ow durg ni...awww
Makan time. Si Gain dengan si Raibon... diorang ni nda puashati teda muka pada minggu lepas... Nah jan lagi kamurg komplen ah, front-page lagi ni...
Carlos, Timin dan Gain... Geng budak jajal yang baik.Ini huguan Siou ni, si Calver... saingan makan si Johnney... 5 nasik tambah? Gulpp....
Macam biasa, kena pigi Ipoh Kopitiam dulu... sampai waiter dia tu pun sudah kenal group kami ni... Ok la... kira up-date blog ja ba ni..hehe

Saturday, August 30, 2008

Merdeka! X3 (quick post)

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-51...

Merdeka Ini, Kerana Mu Malaysia

Merdeka..! Merdeka..! Merdeka..!
Duhai anakbangsa yang merdeka
Merdeka..! Merdeka..! Merdeka..!
Usah hanya laung-laungan
Sekadar untuk memenuhi ruang-ruang waktu
Apalah ertinya sebuah merdeka
Sedang sebenarnya kita
Masih terjajah minda
Masih terpenjara jiwa
Lihat saja sekeliling kita
Yang sentiasa lalai dan alpa
Dek limpahan kemewahan yang ada

Merdeka..! Merdeka..! Merdeka..!
Duhai anakbangsa yang merdeka
Anugerah merdeka ini
Adalah warisan perjuangan bangsa
Dari tinggalan sejarah para syuhada'
Adalah nikmat yang tidak terperi
Dan tidak terbatas, yang tidak terbalas
Dan tidak pernah selesai
Yang wajib kita teruskan
Dalam bentuk apajua sekalipun

Merdeka..! Merdeka..! Merdeka..!
Duhai anakbangsa merdeka
Bersyukurlah kepada ILAHI
Kerana kita amandamai bahagia
Dalam sebuah Malaysia yang merdeka
Dan berdaulat
Jauh dari petaka dunia
Dek angkara durjana
Tangan-tangan kasar dan ganas
Manusia yang rakus haloba

Merdeka..! Merdeka..! Merdeka..!
Duhai anakbangsa merdeka bertuah
Marilah bersama bersatu hati
Membenihkan erti kemerdekaan ini
Dengan buah-buah pengorbanan
Yang lebih bermakna
Moga kedaulatan agama, nusa dan bangsa
Tetap teguh bertahan terpelihara
Biarpun jutaan ancaman
Sering menyapa bertandang
Dari petualang durjana
Walau kita bukan perwira negara
Yang gagah menghunus senjata
Namun hati tetap rela untuk berjuang
Dengan cara kita sendiri
Demi cinta ini
Kerana mu MALAYSIA


Karya: Noraini Jalil

Wednesday, July 30, 2008

Barangkali Benar Kata Mereka

barangkali benar kata mereka
terang neon menyilaukan mata
kekalnya cuma seketika sahaja
karya manusia biasa yang selalu alpa
hingga lupa sang bulan yang setia

barangkali benar kata mereka
langkahku sudah di penghujung jalan
baru tersedar dari igau dan angan-angan
jatuh tersungkur tersandung batuan
dapatkah lagi aku menahan?

dan lorong ini semakin kelam dan seram
pegang kejap tangan ku jangan lepaskan
ku mau pulang kembali ke jalan terang

andai tak ku temui jalan itu dan rebah
tanam jasad ku di sini bersama ingatan
dan pengajaran untuk cucu cicit ku kemudian
' Si anu; manusia alpa yang sesat dan
gagal dalam perjalanan panjang'...

dan biar kembali mereka berfikir
'barangkali benar kata mereka'...

O.W: a long journey called life...

Monday, July 28, 2008

Mendung Pagi Ini..

Mendung pagi ini,
Mengingatkan pada seseorang,
Yang jauh tenggelam dalam lipatan masa,

Mendung pagi ini,
Kembali menghidupkan kenangan,
Yang lama telah ku buang,

Mendung pagi ini,
mungkin akan menghilang,
Bila sang mentari datang
...membawa kenangan itu hilang...

(saya mungkin tidak menujukan 'poem' ini kepada sesiapa...)

Sunday, July 13, 2008

Orang Kalau Kentut

Membalas post si Urangranau ni,

Orang Amerika kentut bilang, "EXCUSE ME".
Orang Inggris kentut bilang, "PARDON ME".
Orang Singapore kentut bilang, "I'M SORRY".
Kalo Orang Malaysia kentut, pasti bilang, "NOT ME!! NOT ME!!"

haha pikir2kan...tq WebM

Tuesday, July 1, 2008

Lumut (quick post)



Version 'Jalan-jalan cari makan'...