Tuesday, April 22, 2008

'Back To School'

Korang pernah tak terpikir lepas sekian lama meninggalkan sekolah, tiba-tiba korang dipanggil balik semula oleh pihak sekolah bukan untuk bersekolah semula tetapi membantu mensekolahkan pelajar-pelajar di sekolah tersebut? (berapa banyak kali dah sebut sekolah laa.. :P) Korang nak tau ceritanya pada minggu lepas saya mendapat satu call dari ex-lecturer saya dari sekolah lama (UPM) dan selepas bertanya khabar lebih kurang, tiba-tiba katanya dia nak saya bantu dia kalau boleh bagi melaksanakan program latihan amali students nya yang seramai 25 orang dan akan di sebuah pulau di Tasik Temenggor, Perak.


Hah? Just imagine, setelah hampir 10 tahun meninggalkan faculty tu buat saya berfikir juga? Betui kah apa aku buat ni? Program ni akan dijalankan selama 10 hari bermula 25 April-4 Mei iaitu Amali bagi subjek FHR 3616 Kemahiran Rekreasi Luar (Air, Tali & Survival) di bawah kendalian Dr. Sham Shor Nahar atau lebih dikenali sebagai John di faculty (Pensyarah ni memang rock, isteri dia orang Sabah ni)... Yang lebih menarik lagi program ini turut bakal dihadiri oleh rakan-rakan saya yang telah sekian lama terputus hubungan sebagai fasilitator program ini nanti. Macam syok kan?

Saya mungkin tidak akan dapat bersama mereka sepanjang tempoh tersebut tetapi akan berada di sana sewaktu permulaan dan penutupan. Almaklumlah, kerja tetap kerja. ok lah tu lagi pun sudah lama saya tidak bermain dengan tali (abseiling, flying fox etc), kayak, rakit, dingee dan macam-lagi. Survival tu mungkin sudah semulajadi tetapi 'tambah-nilai' tidak salah kan? okey nanti saya siapkan laporannya siap dengan gambar sekali kalau tiada aral nanti...

2 comments:

All Thing Viral said...

hi, reno.
look like you have reunion old skool.

old skool was a unforgettable stories
good luck.

tanakwagu.

ReNo said...

tq tanakwagu..ya I cant wait sudah ni..