Masa; akan sentiasa berlalu tanpa sedar-atau kita yang sering buat-buat tak reti dan peduli? Sedar-sedar ketika saya menbuka lipatan sampul dari 'pemandu-pena' hitam milik isteri saya pagi ini dan mula mengelik gambar2 lama satu persatu, barulah saya sedar ada sesuatu yang saya terlepas...
Anak lelaki saya kini berusia 5 tahun lebih dan serasa saya seperti baru semalam menggendongnya dan melihat dia menangis di pangkuan. sedar tak sedar dah 5 tahun lebih? Umpama mimpi walaupun telah banyak perkara yang kami lalui bersama...dan mimpi inilah sebenarnya yang saya rasa saya 'terlepas'. Melihat dia membesar di depan mata saya memang merupakan salah satu benda ajaib yang pernah berlaku dalam hidup saya dan barangkali saya terlalu sibuk untuk menyedarinya.
Lelaki? Memang ramai yang tidak percaya... dan memang dia sangat suka dan selesa dengan rambut panjang dia selama ini.
Gambar bersama adik perempuannya saya ambil sendiri semasa bercuti di Cameron Highland.
Senyuman pengubat 'stress'...
Hari pertama ke sekolah dengan masih berambut panjang mencecah pinggang...betul, diulang: rambut mencecah pinggang...
7 comments:
biar betul bro, uiii memang panjang betul rambut dia.
hehehehe... unik lah anak lelaki ko ni.
sudah besar nanti mesti hensem, berbaris sumandak minta sign autograph.
Happy weekend reno.
tq eedany...memang dari kecil ndak kana putung rambut dia ni...
aik..bro..pelik alias benar nie tau...pas tu?? apa lah bilang tu cilgu dia? inda kana marah kah?? tapi handsome oohhh anak ko bro..kiut tul..sia mau cubit pipi dia..bulih kah?? hahahahah...sia mau kasih nangis bah. punya jahat si andrik
alamak..sayang ooo tu rambut, napa ba juga nda kena kasi benar berambut panjang pi sikul ni..biar la bah smpi mencecah buku lali kan sioh..
whattt!!!
betul2 nampak macam perempuannn laaaa....comellll betul
hardly to believe it
ndak sakit ka lepas kana putung rambut dia tu?
Andrik: ba nnt ko buli jumpa dia..dia speaking dusshun sama english ja tu..sy pun ndak tau ckp melayu pasal mama dia yg ajal cakap..bapa dia ajal men bula ja..LOL
xigorx: Bro nda jua kana marah sbb klu kira 'singh' tu lg pnjg rambutnya dan buli pun kan?hehe
eliyashaka: betul dan paling sedey dia pernah kana tahan di pintu tandas supermarket sebab ndak buli masuk. durg mati2 cakap 'kamu perempuan, ndak buli masuk tandas laki'..hehe sian dia..
Kiut eh anak ko Reno. Biarlah bah kasi panjang tu rambut. Macam rambo pulak sudah besor. hehe
Post a Comment