Sunday, June 29, 2008

Pets...

Last week I managed to 'makan angin' outside. Actually I went for out-station work...well, not really cos I 'curi2 makan (makan angin la...)' a bit... saja suka2 ba. BTW took few photos from a few petshops in Ipoh and Lumut, Perak to share... Harga? hehe better don't ask...










Sooo cute huh? Tapi bab harga tu... Mangkali kalau si Mesh atau geng2 dia tu ok la... He know what I mean... daaa...
P/S: Sesapa teringin mo beli satu, hatta banyak2 sekali pun, dipersilakan utk tinggalkan pesanan di sini (sayugia diingatkan saja, harga minyak sudah naik, harga sekampit 50kg makanan anjing RM145... mati!)

Monday, June 23, 2008

Kisah Bumi Bertuah Kita...

Dipetik dari ruangan Forum Utusan Malaysia 23 Jun 2008.

Bimbang kebanjiran pekerja asing

DIN SAID
Kota Kinabalu.

SAYA sangat gembira apabila Awang Selamat dalam ruangan pojoknya minggu lalu, membangkitkan tentang isu kebanjiran pendatang asing dan peluang pekerjaan yang kian terhad di kalangan warga tempatan.

Awang Selamat terasa juga tempias bahaya yang bakal melanda negara ini akibat kebanjiran pekerja asing.

Saya sudah lama bimbangkan perkara ini kerana saya bekerja di Sabah. Di negeri ini, sudah lama kesan dapat dirasai oleh anak-anak muda rakyat tempatan. Sebab itulah kenapa kadar gaji di Sabah tersangat rendah. Kalau pekerja pasar raya di Semenanjung boleh dapat gaji RM800 sebulan tetapi di Sabah pekerja pasar raya hanya dapat gaji RM400 sebulan.

Pekerja restoran ditawar gaji RM200 sebulan terutama restoran mamak. Ini kerana restoran mamak sudah dilambakkan dengan pekerja dari Bangladesh dan India. Bagi mereka ini jika diberi gaji RM100 pun sudah cukup lumayan. Makan diberi percuma dan dari segi tempat tinggal mereka boleh berkongsi 20 orang satu rumah. Akhirnya anak-anak muda tempatan tersepit kerana terpaksa bersaing dengan pekerja asing untuk mendapat kerja. Harga barang pula semuanya lebih mahal dari Se- menanjung.

Yang saya hairan, orang-orang politik termasuk wakil-wakil rakyat tidak begitu bersungguh-sungguh dalam isu pekerja asing yang membanjiri negara ini.

Kenapa? Pada pandangan saya, kemungkinan besar ahli-ahli politik ini kebanyakannya terlibat dengan perniagaan.

Apabila mereka semua terlibat dengan perniagaan sudah tentulah mereka semua amat gembira negara ini dibanjiri pekerja asing sebab mereka dapat bekalan tenaga buruh yang murah. Mereka peduli apa dengan nasib pekerja tempatan.


(Saya kata: adei apalah akan jadi dengan bumi kita yang sepatutnya bertuah ini..sekarang nampaknya semakin malang... orang luar (yang terang-terang penulis ruangan ini adalah orang dari luar)sendiri pun nampak sangat kepincangan yang berlaku... jangan menipu dengan mengatakan saya tidak tau... saya dan saudara memang tahu perkara ini. Atau buat-buat tidak tau...huh malang sungguh...pikir2kanlah...Tapi jangan asyik berfikir sahaja sebab dengan berfikir sahaja tanpa tindakan maka kita tidak akan kemana...)

Thursday, June 19, 2008

Boring day and random pics

Yesterday I went to our HQ in KL for taklimat and it make me awake bout 6.00am just to make sure that I'll be there before 9.30 am...ow bdw, Ipoh to KL is about 200+km. And (for those who never been e're) 6.00am is still 'chicken2 dark' (gelap2 ayam, istilah si Charles (Ktn)ni haha gila!) Reached HQ before 9.00am (nasib baik teda jemm) and all finish right before the clock hit 1.00pm. Tungtang2, we drive back around 3.00pm (nahkan awal ba sepatutnya, si Jose ma Si Jerry ajak plak men snooker di Giant Cheras tu. Jose; boleh repeat lg ba, bila2 ja klu ko berani...hehe) and reach Ipoh at 5.30pm...finally...what a long tiring day. Boring2 dlm Pajero tu I took a few snaps along the North-south highway (PLUS) using my mobile...

Limestones hills along the highway is common in Perak...







Sabah still the best...teda TOLL! mahal pula tu sini..adei. Nasib baik naik kerita govt. selamat poket...

Monday, June 16, 2008

Last week...

Last week;

MIB (Man In Blue) in action..
2 mega projects done hmm... should I say perfectly?
hehe minta puji ow... tau2 dia punya pening...adei













This week apa pulak?....Argh, tensionnya...duwanna think @ malas mo pikir la.

Sunday, June 15, 2008

Father's Day

Sometimes, keboringan or 'kemati-kutuan' (pinjam istilah si Geng..hehe) lead us to something good or should I called it 'kemandirian diri'? (iss..sound like 'kembiri' right dude?) ba macam ni la..so saya dengan Raymond (dia ni pun cakap jan kasi publish muka saya ah bro..hehe nda peduli! muka dia jambu, masih bujang, fitness tahap dewa, abang si Ronny Harun Men bola tu) budak Polis Vat 69 (sepa main PS commando tu, hah ni la starring dia) berpakat buat benda baik di hari "Father's Day".. agak2 apa ah? kami berpakat pergi rumah Pastor Roning, (yaa..betul, pastor!) dan tolong dia masak2 sambil sembang2 sampai tengah hari? (tapikan saya tulung potong2 sayur dan paling best...tolong test rasa + makan. Dasar!akeke) Mudah2an kebaikan akan di balas dengan kebaikan...(hehe mengharap ni..nda salah ba kan?) Kedapatan muka buat2 rajin..hehe
Pastor Roning korek rahsia si Raymond... "Cuba ko kastau saya, mcmana sumandak ko suka? manatau saya buli tolong?".."hmmm nda payah la pastor...Gay ba mangkali saya ni" Muahahahahahah........
Rebutan bakal mertua se'Borneo... sebab dia cakap mo kawin org Sabah juga..ntah la ko Raymond...

Wednesday, June 11, 2008

Kemalangan lagi...

Ini cerita kemalangan lagi..'ala, apalah sangat..sudah biasa tu'. Kita selalu cakap macam tu kan? tapi semalam saya terkejut bila dihubungi oleh seorg lelaki yang memaklumkan sahabat saya yang menaiki sebuah bas terlibat dengan kemalangan melibatkan bas express (isss, nda abis2 ni bas xpress ow kan?) dari Penang ke KL di hiway PLUS di exit Behrang dekat Selangor..Dalam kelam kabut saya memecut ke tempat kejadian dengan kelajuan tahap saman maksimum (ampun datuk...sini kalau speed-offender memang teda kawtim la...sori ah) dan terus ke Hospital Besar Slim River. Tengok bas tu memang teruk. Sorang meninggal (palis2, nasib baik kawan sy tu) Gini la keadaannya...



Thanks God...nasib dia memang baik. Si Presen cuma cedera ringan (tp berat juga tu sy tengok...) Bahu terkehel, muka lebam, belakang lebam dan koyak, peha koyak dan antara kerugian lain; hilang spek mata mahal dia tu, hp Sony Erikson baru ntah model apa...Tp yg penting dia ok dan selamat la...http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20080612101505/Article/index_html

Help needed here...


Mula-mula memang saya ingat main-main...yalah, sepa tidak kenal si Bobby kan? (Ceh, macam la sy selalu kuar minum ma dia..kawan baik di blog ja bogia...) Ba serius ni, dalam paper pun sudah keluar..adik paling bungsu dia hilang dan sehingga sekarang masih belum dapat dikesan..saya tumpang simpati dan cuba membantu dengan cara yang saya mampu, sebarkan maklumat berkaitan agar saudara/i yang ada maklumat lanjut dapat salurkan kepada beliau atau balai polis berhampiran (sebab repot polis mesti sudah dorg buat)...Sama-sama kita doakan agar our lill' sister ini akan ditemui dalam keadaan sihat dan selamat..juga kepada keluarga beliau agar tawakal dan bersabar dalam waktu2 yang sukar ini...

Sila klik sini jika anda tidak mahu perkara yang sama berlaku di kalangan adik beradik dan saudara kita...

Monday, June 9, 2008

My wild, wild weekend

My weekend?.. I think I'm having an ordinary weekends, just like yours... Tapikan, ujung minggu mestilah buat benda-benda yang betul2 kita suka ba kan? I mean I like something wild and challenging my nerve... Why I called its wild and challenging? Aha, here taken using my mobile hp, this is what happened few days ago...

Parental guidance is required (SG12 hehe)

Monday, June 2, 2008

I'll be missing you. Always!

Dunnu why today I feel so emotional. Nop, just thinking 'bout my parents and our great2 grandpa... ya, again (..and thank you),I read tru few of my friends blogs and its remind me to the long time but never been forgotten quote by them;

Arwah Atuk saya pernah berkata;

mencaci itu dosa,
menipu berbohong dibalas neraka,
membunuh sesama mu manusia jangan sekali,
lihat dan belajar,
guna akal bijakmu ke arah kebaikan,
berfikir baru berkata,
buat kerjamu sehingga sempurna,
kekayaan material tiada bermakna,
cintai semua ciptaanNya,
hormati orang tuamu sebagaimana engkau mau anak-anakmu menghormati engkau kelak,
budi, jasa dan laku penentu hidup selepas mati - dan kau perlu percaya!

...maka jadilah manusia...walau mustahil untuk sempurna...

bersama kita renung kan,

(tribute to: Deeply missed & Beloved Marathun bin Bondiok 1885-2001 - may God bless his soul)