Monday, June 23, 2008

Kisah Bumi Bertuah Kita...

Dipetik dari ruangan Forum Utusan Malaysia 23 Jun 2008.

Bimbang kebanjiran pekerja asing

DIN SAID
Kota Kinabalu.

SAYA sangat gembira apabila Awang Selamat dalam ruangan pojoknya minggu lalu, membangkitkan tentang isu kebanjiran pendatang asing dan peluang pekerjaan yang kian terhad di kalangan warga tempatan.

Awang Selamat terasa juga tempias bahaya yang bakal melanda negara ini akibat kebanjiran pekerja asing.

Saya sudah lama bimbangkan perkara ini kerana saya bekerja di Sabah. Di negeri ini, sudah lama kesan dapat dirasai oleh anak-anak muda rakyat tempatan. Sebab itulah kenapa kadar gaji di Sabah tersangat rendah. Kalau pekerja pasar raya di Semenanjung boleh dapat gaji RM800 sebulan tetapi di Sabah pekerja pasar raya hanya dapat gaji RM400 sebulan.

Pekerja restoran ditawar gaji RM200 sebulan terutama restoran mamak. Ini kerana restoran mamak sudah dilambakkan dengan pekerja dari Bangladesh dan India. Bagi mereka ini jika diberi gaji RM100 pun sudah cukup lumayan. Makan diberi percuma dan dari segi tempat tinggal mereka boleh berkongsi 20 orang satu rumah. Akhirnya anak-anak muda tempatan tersepit kerana terpaksa bersaing dengan pekerja asing untuk mendapat kerja. Harga barang pula semuanya lebih mahal dari Se- menanjung.

Yang saya hairan, orang-orang politik termasuk wakil-wakil rakyat tidak begitu bersungguh-sungguh dalam isu pekerja asing yang membanjiri negara ini.

Kenapa? Pada pandangan saya, kemungkinan besar ahli-ahli politik ini kebanyakannya terlibat dengan perniagaan.

Apabila mereka semua terlibat dengan perniagaan sudah tentulah mereka semua amat gembira negara ini dibanjiri pekerja asing sebab mereka dapat bekalan tenaga buruh yang murah. Mereka peduli apa dengan nasib pekerja tempatan.


(Saya kata: adei apalah akan jadi dengan bumi kita yang sepatutnya bertuah ini..sekarang nampaknya semakin malang... orang luar (yang terang-terang penulis ruangan ini adalah orang dari luar)sendiri pun nampak sangat kepincangan yang berlaku... jangan menipu dengan mengatakan saya tidak tau... saya dan saudara memang tahu perkara ini. Atau buat-buat tidak tau...huh malang sungguh...pikir2kanlah...Tapi jangan asyik berfikir sahaja sebab dengan berfikir sahaja tanpa tindakan maka kita tidak akan kemana...)

6 comments:

urang ranau said...

kerana org2 mcm ini la (sepa mkn tai mulut dia ber bau), kerana urg2yg pntg kan perut mereka sendiri lebih dr perut berjuta2 rakyat negeri yg susah - maka ramai yg migrate/cari makan di negara luar. Dulu sia kerja company di kk, mo dekat 2 thn gaji sia statik jg teda bonus, teda kenaikan, krja sparuh mati, ot kedekut, bos kedekut...last2 inda tahan lari kerja di sini, kerja di sini gaji ber kali2 ganda dr gaji kerja di kk..hmm jd sama2 la kita fikir.

Andrik McVean said...

cis....mimang inda patut bah diorang wat cam tuh....pekerja kita yang sendiri yang susah..

ReNo said...

Haha memang buduh tu si makan taik tu urangranau..pu*&^%^&^%* dia... ko tau dulu pas abis spm kan, sy keja jd 'chap-kung' tu sina dr sjung sbg mekanik..ko tau gaji sy dia bagi berapa? RM2 ja sehari!..punya la sy marah..tu pun dia simpan dulu kunun..sy dia kasi pinjam RM30ja sebulan.. bakas tul ow. last2 sy balik kg putung getah..hehe lg loaded!

Andrik... tu suma mo gumuk ja durg tp org lain mati x makan pun durg x peduli... Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan....WTF! bckvbvjkbvdvb kn$%#&^$%*!!!

Kengkaru Kong said...

Entah apa lah yang dibuat oleh pihak pentadbir. Macam teda kerja ja dorang tu. Atau di sogok dengan wang ringgit kerana rakus dan haloba terhadap harta? Kita fikirkan saja lah kan?

Tanakwagu said...

isu ini sepatutnya boleh diatasi melalui cara politik. melalui politiklah pti ini bertambah dan sedikit sebanyak mendapat perlindungan daripada orang yg berkepentingan. lama-kelamaan pti ini lebih selesa daripada org tempatan sendiri.

ReNo said...

betul tanakwagu..mereka sudah hilang label pti dlm diri mereka..sudah sebati sebagai penduduk 'peribumi'. harapa2 usaha yg sedang dilaksanakan skg adalh serius atas kesedaran ancaman pti ini dan bukan atas motif politik semata-mata...

Kengkaru, hehe durg sudah lama buat tu...tapi takkan mo buat terang-terang dan kasi tau urg kan?