Thursday, May 15, 2008

Cerita Lepak Lagi...

Semalam ada friendly bola lg. Perlawanan di Padang Ipoh. Seri 2-2. Tapi ini kisah sampingan la. Ceritanya lepas game tu suma players dan penyokong dijemput singgah di medan padang depan Bank Islam Ipoh, jln Panglima Gantang Wahab tu. Ada yg ikut dan ada juga yg bg seribu alasan...'mak budak suh beli susu', 'antor nenk ke sekolah malam' dan macam biasa la, alasan P.Ramlee 'kuceng nak beranak' pun ada. Jadi ni jelah muka2 ahli team yg dapat dikumpul semalam. Untuk makluman, dorg ni datang dari seluruh pelusuk Negeri Perak jadi kiranya saya nak bagi dorg ni ruang utk jumpa dan kenal (especially budak2 baru masuk keja). Dari Gerik hingga la ke Sungkai.

Malam tadi gamat juga dengan kehadiran pelawak kami yg terkenal iaitu Mr. Gopal (tapi saya pun confuse..dia ni melayu tulen, mana tah dtg nama Gopal dia ni...) Ni kira2nya pasang strategi nak lawan friendly dengan team Selangor di INSTUN sabtu ni... topik best selain tu adalah perancangan untuk BBQ malam di Sungkai pada malam ni sebab kami akan berkampung di sana mulai malam ni...mcm2 cadangan yg logik dan karut-marut diutarakan..antaranya cadangan mengorbankan seekor lembu, buat karaoke smpi pagi...lantak la korang janji ada makan..hehe Ok la, kalah menang kira no 2, janji suma orang happy dan selamat..kan?

(p/s: sorry gambar suma blur, saya tangkap pakai hp Nokia 6500 saya ja ni)

2 comments:

XiGorX said...

jadi bro yg nama sa Ramesh ni, poindusun apa cerita? hahahaha

ReNo said...

mesh,
ko punya special sikit ba ni...teori ja ah..jan ko terasa plak..mangkali bapa ko peminat filem tamil so dia ambil la nama hero dia...hehe lojik ka? argh, susah2 ko balik KB tanya mummy ko la.. :P