Sunday, August 3, 2008

Awas Penipuan Kad Kredit Melalui Telepon!

Sekiranya anda menerima panggilan telepon daripada individu yang mengaku sebagai wakil syarikat kad kredit Visa dan Mastercard.
Awas, ini adalah satu usaha mendapatkan maklumat kad kredit anda.
Jangan dedahkan apa-apa maklumat.

Syarikat kredit kad Mastercard dan Visa dan pihak Bank sendiri tidak akan membuat panggilan telepon dan email untuk mendapatkan maklumat.
Sekira ini berlaku, ini bermaksud nombor kad kredit anda mungkin telah diketahui.
Langkah membuat panggilan telepon oleh pihak tidak bertanggung jawab ini adalah untuk lebih mendapatkan maklumat lanjut bagi tujuan memudahkan mereka membuat urusan pembelian terutamanya melalui Internet.Untuk makluman, dengan hanya nombor kad kredit masih belum cukup membolehkan mana-mana pihak menggunakan kad kredit anda.

Akan tetapi dengan mendedahkan tarikh luput (Valid Thru) atau (Expired Date) sudah cukup untuk membolehkan pihak tidak bertanggung jawab mempergunakan ia untuk membuat pembelian di Internet.
Jangan sesekali dedahkan Nama tertera di atas Kad, bank pengeluar, Tarikh luput kad dan nombor yang ditulis dibelakang.
Jangan sesekali benarkan mana-mana pihak dapatkan semua maklumat ini sama ada melalui telepon ataupun email.
Yang paling penting jangan dedahkan Nombor dibelakang kad kredit anda.
Nombor tersebut yang dipanggil Card Verification Value or Code (CVV or CVC).
Nombor ini bagi tujuan pengesahan tanpa kehadiran pemilik kad.
Jangan sesekali dedahkan.
http://en.wikipedia.org/wiki/Card_Security_Code
Sekira anda menerima panggilan sebegini, langkah yang boleh dilakukan.
(1) Cuba dapatkan maklumat pemanggil. nombor telepon, nama individu dan nombor daftar syarikat.
(2) Jangan dedahkan maklumat anda. And boleh palsukan bagi tujuan merosakkan data mereka. Contoh berikan nama bank berlainan, tarikh luput yang berlainan, no CVV yang berlainan.
(3) Segera laporkan kepada bank. Sila dapatkan maklumat tentang akaun anda dengan segera untuk sebarang masalah.
(4) Sampaikan email ini kepada orang ramai bagi mendedahkan wujudnya usaha penipuan ini.
Sampaikan kepada rakan-rakan anda.

13 comments:

Wel^Beiolman said...

I almost kena ni...check my earlier post here..

"What?Service What"

ReNo said...

wel klu sudah kena mo buat mcmana ah?

Wel^Beiolman said...

reno..kalu suda kena..ko bgs call bank kasi cancel kad yang ko bagi tu...buat kad baru...kalu suda kena charge...buat report sama bank..apa advise durang but durang mesti suru buat police report baru durang buat kerja tu...

this is the 2nd part of that story.

"Service by cunt"

ReNo said...

adei..silaka tul la. sudah la sy ni jenis men bayar ja monthly charge kad saya tu..adei... ok right away mo kasi kensel la...

Markie Marc said...

Jaman sekarang ni, macam-macam cara urang mo tipu kitaurang... hmm... nasib baik sia teda (belum ada) credit card atau card-card yang sewaktu dengannya.

Derang nda buli trace kah tu di mana-mana penggunaan dia, bila dan untuk apa? Kasi tangkap pee da satu kali... wekekekeke

ReNo said...

yabah Marc, patut kita taruk belacan tu idung dia kan? hehe men2ba. ba sy jual kad kredit ko mau?

Mell said...

I pun penah kene taw..hehe..tu org cakap cina ni,terus sy balas garang2 in BM. Dia off ba terus,kotoh. Sy ni garang tau,garang lagi dari buaya ko tu. Jgn main2.

Skg kalau sy nmpak no phone yg pelik2, samada sy off terus or sy cakap 'No No No' dgn tu org. Senang hidupku.

urang ranau said...

klu sia, dia tanya pasal kad kredit..sia ckp duit simpan bawah bantal sj..tenkiuuuuu..hahaha..

Markie Marc said...

Reno, ko kc free gift pun sa x mo... Wakakaka... Yg sa heran, takan tu kompeni credit kad pg bagi maklumat pelanggan sama 3rd parties? Buyuk tu... Or drg kol men random jak... Sukati drg ja oh...

ReNo said...

adei...nda tau la..pening sy ni tau..mo check transaction hari ni...

mell, I laik yr stail kaka...hehe

Urangranau, yr stail I laik too..dasyat tu..hehe

marc, tu saya bilang tu, klu dpt tau, putung2 bikin makan buaya bapa saya lagi bagus..hehe

Kengkaru Kong said...

ramai yang sudah kena macam nie ging. Yang pelik dia, ada juga tiba2 kad credit offer by some bank. Kita tak pernah pun apply for any, tetiba palk dorang call nak bagi kredit card. Apa lagi, Kengkaru sounds wofeertrus sama dorang..ekeke

faizanns said...

tingkew...tingkew...tingkew...semua

aku baru jak dpt call dari someone utk penipuan kad kredit. 'minah' yg call aku ni sungguh2 yakinkan aku utk dapatkan maklumat kad kredit aku.. mcm2 alasan dia bagi... nasib baik 3 no terakhir tu aku x bagi... mun sik nahas aku hehehe... terima kasih info dlm website ni.

tolundus said...

alamak... drpd ko kena tipu reno, baik ko bagik sy credit card ko hehe