SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-51...
Merdeka Ini, Kerana Mu Malaysia
Merdeka..! Merdeka..! Merdeka..!
Duhai anakbangsa yang merdeka
Merdeka..! Merdeka..! Merdeka..!
Usah hanya laung-laungan
Sekadar untuk memenuhi ruang-ruang waktu
Apalah ertinya sebuah merdeka
Sedang sebenarnya kita
Masih terjajah minda
Masih terpenjara jiwa
Lihat saja sekeliling kita
Yang sentiasa lalai dan alpa
Dek limpahan kemewahan yang ada
Merdeka..! Merdeka..! Merdeka..!
Duhai anakbangsa yang merdeka
Anugerah merdeka ini
Adalah warisan perjuangan bangsa
Dari tinggalan sejarah para syuhada'
Adalah nikmat yang tidak terperi
Dan tidak terbatas, yang tidak terbalas
Dan tidak pernah selesai
Yang wajib kita teruskan
Dalam bentuk apajua sekalipun
Merdeka..! Merdeka..! Merdeka..!
Duhai anakbangsa merdeka
Bersyukurlah kepada ILAHI
Kerana kita amandamai bahagia
Dalam sebuah Malaysia yang merdeka
Dan berdaulat
Jauh dari petaka dunia
Dek angkara durjana
Tangan-tangan kasar dan ganas
Manusia yang rakus haloba
Merdeka..! Merdeka..! Merdeka..!
Duhai anakbangsa merdeka bertuah
Marilah bersama bersatu hati
Membenihkan erti kemerdekaan ini
Dengan buah-buah pengorbanan
Yang lebih bermakna
Moga kedaulatan agama, nusa dan bangsa
Tetap teguh bertahan terpelihara
Biarpun jutaan ancaman
Sering menyapa bertandang
Dari petualang durjana
Walau kita bukan perwira negara
Yang gagah menghunus senjata
Namun hati tetap rela untuk berjuang
Dengan cara kita sendiri
Demi cinta ini
Kerana mu MALAYSIA
Karya: Noraini Jalil
Saturday, August 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment