Cerita ni saya ambil dari Majalah Paras, Oktober 2004, untuk renungan bersama...
Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya. 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.
Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.
"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.
"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"
Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...
'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."
"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."
"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."
"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."
"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."
"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."
"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."
"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."
"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."
"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Puaskah Siti sayangku..?" "Jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.
Kisah ini perlu di'yah'kan oleh para pembaca yang paham dan mungkin pernah hampir mengalami situasi yang barangkali hampir sama...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
wahh...terharunya diriku setelah abis membaca cerita ini..tu la si siti ni, dia ingat kita lelaki nda serius bah kan..deiii..pasik tu mulut si siti tu..hahahaha
haha betul ni mesh..sayang gila sorg laki ma ppuan ni kan, akan ni ppuan rasa berubah bila melewati masa2 tertentu ba tapi actly perasaan syg tu tetap sama. expresi ja lain... isk si siti sepa ba dia tu kan? kan? hehe
Saya sangat la terharu.
Sy tidak nafikan la memang lelaki susah mau tunjukkan feeling dorang tapi it doesnt mean they dont care. Perempuan must know how to have fun on their own supaya tidak berharap sama lelaki sj utk gembirakan dorang. Sebab itu ppn perlu join book club ka,kelab avon ka, kelab tapaware ka..hahahaha
And perempuan also mesti berusaha utk kebahagiaan sendiri. Si siti ni pun bukan pandai kasi 'semarakkan lagi cinta dorang',pegi minta cerai la pula. Sot.
siti mana nie..siti payung? siti tumbak? siti rempit? biar sa kasi cium..ekekek!! Memang pompuan suka kalau kana puji... paksa laki2 tunjuk betapa cinta nya terhadap dorang....
wah bagus bagus cerita yg sunggguh membina kenen...padahal macam sy terasa ja ni....wakakaka...
as the saying goes "men are frm mars,women are frm venus"...tp perlu ada compromise jgk bah....jan ikut ja sendre2 pny suka....muahahaha
don't assume us women will understand ja ba...sometimes explanations and gestures are needed...hehe...jan ba marah kami...we are born like that so watudu....:P
mell, hehe setuju2...join la apa2 club termasuk night club kaitu? ya si siti tu sot barangkali kan?
Kong, uweeek! siti petai tu, busuk mulut dia tu pun ko mo sium lagi?hehe andang2 ppuan diciptakan gitu ka suma? nda tau sy ow....
sweetie, yah ba kan, jan syok sndri2 ba. kena ingat juga heart feeling urg len kan? ndapa la sweetie...I will owez show & explain to u my love kunun later..hehe
Jarang sekali perhubungan atau percintaan yang dilandaskan dengan sikap saling memahami,menghargai dan melayani..
Kalau ada pun,dalam 100 orang , hanya da 40 orang saja.
Tapi bagus lagi ada 40 orang,kalau langsung tiada orang, nah.... kapisan...kampis barait , tu kinoring pun tidak laku tarus...hehehehe...
San, sy sukung ko abis2an ni..hehe jgn balik kampis barait..muahaha tapi bagus ni siap ada statistik ni...harap2 suma kita masuk dalam yg 40...errr ko siap ada senarai nama ka? check nama sy ah gaman? hehe
ni la cerita yg menyedihkan..ramai manusia mencari sesuatu yg kurang bg mereka tetapi tidak tahu benda itu selalu ada di depan mata...ramai yg ingin kebahagian yg lebih tetapi tidak tahu..kebahagiaan yg mereka cari suda ada depan mata...
jgn la tamak atau mengejar sesuatu untuk kepentingan diri...apalagi bila suda kahwin..butul2 best la ni cerita reno..baru sia ada masa mau baca ba ni...
muga2 begitu la si mell..atau si sweetie sayang sia la..haha...kalu durg suru sia p naik p ambil tu bunga..sia pun inda mau...bikin panat sja..kalu durang mau jg..sama2 naik la p ambil..romantik lg..hehe.
wel,ya suma urg kena ingat ni, akan berlaku pas korg kawin bisuk..baya juga klu situasi ni terjadi. harap2 macam si san cakap tu la...kita masuk senarai 40?
mimang ko la lelaki sejati..hehe ya sukung baitu, klu mo naik amik tu bunga ja, bagus naik sama2 kan? cuba taruk RM1 juta atas gunung tu ada juga motivation sikit kan? haha lawak
jap, sa mau tambah lagi mcm hangat pulak ni issue si siti ni..hehehe...dulu masa sa besinta kunun la, hari2 mesti mau tegur atau mesti mau peka sama perubahan yg dia buat walaupun sekecil sinit..Kalau nda perasaan turus mau 1 minggu mau pujuk adeiii...pastu mau suruh panjat gunung mmg nda kuasa la, kalau mau bergandingan tangan dan bahu la sama2 tiwas kan..ngam ko wel..hehehe
wel,sy nda bharap sama lelaki kasi happy sy ba. sy solo2 pun hepi jg what. skg pun sy jauh2 sama boipren, gumbira jg sy, teda sy suru dia panjat gunung. haha..
mesh, uii semangat tul ko ni ow..hehe sukung juga la pendapat ko ni...cuma sy ada satui soalan: sepa sumandak ko yang terus minta pujuk seminggu tu ah? sepa? sepa? capat kastau...hehe
mell, ya ba...tapi swak bukan jauh mana pun, buli jg sampai KK jalan kaki apa...hehe cuba la ko cakap di Uganda ka, Timur Leste ka, hah baru la jauh..hehe
Post a Comment