Monday, March 17, 2008

Ini semua baru 'testing ni...benda2 ni kiranya semua merupakan perkara baru bagi aku... Oh ya, bercerita pasal perkara baru aku baru mendapat lulus ujian RAE Radio Amateur Exam-yang dengan automatik memberi aku Lesen B. Callsign aku minta 9W2RYX ikut nama anak laki aku... harap2 dapat la. SJK&MM @ MCMC belum reply lagi.

Ok...mukadimah tu...aku baru-baru ni baru turun dari gunung Korbu di Perak...hmmmm..mencabar juga..naik dengan staf aku yang 'kipas susah mati' suma nature adventurer dan mountain climber. amik masa 7 hari 6 malam tapi memang rilex habis la... cabaran? ntah la...aku saja nak kumpul senarai puncak ditawan kut...hahaha senarai gunung lain setakat semalam ialah Kinabalu, Tahan, Ledang, Nuang, Anak Noreng (Paling gila! cerita lain..) dan Korbu...

haha ni memang kisah aku selain kerja main kejar2 dan tangkap org jahat tapi mungkin bab ni aku tak payah cerita kut...so, harap2 tiada yang aku terlepas la...

No comments: