Ini memang sesuatu yang bermain di kepala saya sekian lama dan mungkin juga bagi semua pencinta alam khususnya penduduk atau orang yang pernah membesar di kawasan sepanjang Sg Kadamaian. Untuk rekod, ikan Sebarau dalam bahasa di Semenanjung atau nama sanitifiknya Hampala macrolepidota juga dikenali sebagai ikan Barob bagi penduduk di sepanjang Sg Kadamaian adalah sejenis ikan pemangsa yang suatu ketika dahulu memenuhi sungai ini. Pernah juga direkodkan anak sungai sekecil sungai Bahab juga dihuni oleh ikan ini -Cikgu Peruh pernah menceritakan ikan ini dengan saiz2 peha akan melompat dan menyambar batu2 yang bergolek dari tebing sungai Bahab!
Akhirnya ikan ini pupus pada awal 80-an atau mungkin seawal 70-an akibat kesilapan kita. Tuba bukanlah punca utama. Begitu juga bom dan pukat. Begitu juga dengan pembukaan kuari batu yang bertompok2 huduh di sepanjang sungai Kadamaian itu. Orang kita yang terlalu tamak dan tidak memikirkan kesan jangka panjang dari tindakannya. Tidak perlu ulasan. Sudah terjadi tetapi adakah sudah terlewat? (psst geng, ayat ni saya tiru dari Karam Singh Walia)
Ok straight to the point. Saya bercadang untuk membuat re-introduction atau dalam BMnya 'memperkenalkan semula' spesis ini di sungai Kadamaian. Semua maklum hampir sepanjang sungai ini baik di Tambatuon, Melangkap, Kebayau hinggalah di hilir (mungkin perkampungan kaum Bajau) sudah mempraktikkan adat Bombon atau Tagal (adat yang memperuntukkan hukuman dan peraturan berkaitan sungai dan ikan di dalamnya). Mesejnya cukup mudah. Kita sudah sedar dan perlu mempertahankan apa yang sepatutnya ada untuk dilihat dan dinikmati oleh anak2 cucu2 kita di kemudian hari (ini pinjam ayat Datuk Dr Salleh Mohamad).
Sekarang keadaan sungai kita amat mengujahkan berbanding 10 tahun dahulu. Ikan sudah banyak, bersih dan biru. Tetapi belum cukup. Untuk tujuan ini banyak yang perlu dipertimbangkan tetapi ia tidak mustahil...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
wah what a big fish!!
Tq saphire blu but saddly not frm our river la..
it is from Pertang river right?heheh....tp ikan barob ni ikan pemangsa...takut spesis lain akan pupus pula klu dia suda tlampau banyak....tp klu guna sistem tagal...mungkin dapat kontrol populasi dia la...
wah.... basar oo.. macam ikan yang kami makan di kampung dulu.. itupun ikan yang durang ambi di tulid, sook tu... basar..
mmg puas hati la kalau dapat ni macam besar punya ikan..buli makan 1 kg ni..hehe..nda la juga ba kan..hehe
punya basar itu ikan ging.
syiok oh dapat begitu basar kan?
:)
Post a Comment